Monday, July 23, 2012

Batman VS ‘The Joker’ dalam The Dark Knight Rises



Aku dah tgk dan crita batman yang baru tu... kira kira memang best jugak la, takde la kartun sgt macam masa zaman val kilmer dan george clooney tu. ada la realitinya kalau nak jadi superhero ikut masa sekarang nie.



Sempena tayangan filem Batman-The Dark Knight Rises yang baru nie, satu kejadian tembakan telah berlaku di sebuat panggung wayang di Denver ( bukan di gotham sebab kat sana ada batman original ). ikut ceritanya, banyak jugak penonton yang pakai costume Batman, tapi tidak sempat buat apa apa, sebab "The Joker" telah bertindak lebih pantas.

banyak motif tembakan ini dilakukan, dan mengikut sumber yang tidak boleh dipercayai adalah disebabkan tiada lagi character "the joker" dalam The Dark Knight Rises dan ini mengakibatkan kebosanan tahap gaban peminat dengan villain villain yang dipaparkan dalam filem yang baru ini.

nasib la ini adalah final installment dari trilogi batman ini, jika tidak anda perlu pakai baju kalis peluru untuk menonton wayang nanti, hanya di US, bukan di Gotham City.



‘The Joker’ tiru aksi penyerang Norway


credit to berita harian



James Holmes ikut manifesto serangan Anders Behring Breivik 

AURORA: Pembunuh 12 penonton di sebuah panggung wayang Denver dan menggelar dirinya ‘The Joker’ dilaporkan mengikut nasihat penyerang Norway, Anders Behring Breivik, apabila melakukan serangan ketika tayangan filem Batman: The Dark Knight Rises di sini, Jumaat lalu. James Holmes mengikut manifesto Breivik menyarankan penggunaan raifal, senapang patah, bom asap, senapang AR15 yang mampu melepaskan 100 kali tembakan, senapang Remington dan dua pistol Glock. 
Holmes juga mengikut apa yang disuruh Breivik dengan memakai pelindung leher, badan dan topeng gas mengikut manifesto 1,500 muka surat itu. 

Malah, Holmes, 24, menjadi ahli sebuah laman web dewasa mengikut cadangan Breivik supaya kerap melakukan hubungan seks sebelum serangan. 

Pasang bom di rumah 


Baca Seterusnya disini...

0 comments:

Post a Comment

Say whut you want, but be responsible on whut you said...