Monday, July 23, 2012

Peringatan Mesra - Potensi lebih 'boroi'


Nampaknya proses pemboroian telah bermula dengan adanya promosi dan diskaun untuk buffet ramadhan yang menyelerakan. aku pun macam dah tergoda nie dan dah berkira nak pi buffet mana la tahun nie... paling kurang at least sekali la kan, bukan selalu pun. 


hajat di hati nak dpt pinggang saiz 33 or 32 masa syawal nanti, akibat ketidak serasian seluar dengan saiz 35++ yang amat ketara. apa nak buat potensi boroi ini di sumbangkan oleh McD dan KFc dan nasi kukus kak nora seksyen 7 tu laaa... dah la sedap, boleh dpt hari hari plak tu...

ingatan untuk semua, jauhi boroi untuk hidup bahagia, katakan tidak pada makan berlebihan.


credit to utusan malaysia

Potensi lebih 'boroi'


Antara hidangan disajikan bertemakan Bazar Ramadan di sebuah hotel.

KUALA LUMPUR 22 Julai - Bagi sesetengah individu, kedatangan Ramadan dianggap sebagai peluang terbaik untuk menguruskan badan, sesuai dengan sifat amalan tersebut yang memerlukan umat Islam menahan lapar dan dahaga di siang hari.
Namun jangan terkejut sekiranya impian itu gagal dicapai sebaliknya perut anda kian 'menonjol' ketika syawal menjelma ekoran kegagalan menahan nafsu sewaktu berbuka puasa.
Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pakar Ampang Pantai Puteri, Rose Hanizan Mat Hassan perkara itu tidak mustahil berlaku kerana pengambilan makanan secara berlebihan dan mengejut ketika perut kosong menyebabkan anggota badan itu cepat mengembang.
"Secara tidak langsung, ia menyebabkan perut seseorang ittu menjadi buncit. Justeru, umat Islam tidak sepatutnya makan seolah-olah 'melepas geram' ketika berbuka puasa," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Say whut you want, but be responsible on whut you said...