Tuesday, October 29, 2013

Create New ORACLE Schema

CREATE USER dblive
  IDENTIFIED BY pwd4dblive
  DEFAULT TABLESPACE tbs_perm_01
  TEMPORARY TABLESPACE tbs_temp_01
  QUOTA 20M on tbs_perm_01;
  
  
GRANT create session TO dblive;
GRANT create table TO dblive;
GRANT create view TO dblive;
GRANT create any trigger TO dblive;
GRANT create any procedure TO dblive;
GRANT create sequence TO dblive;
GRANT create synonym TO dblive;

CSC570 - XPATH

<bakery name="DELICIOUS ART Cafe">
<cupcakes category="mini">
<name>Dazzling Choc</name>
<flavour>chocolates</flavour>
<filling>blueberry</filling>
<price>1.50></price>
</cupcakes>

<muffin>
<name>SweetAndCruncy</name>
<flavour>vanilla</flavour>
<filling>mixed fruits</filling>
<price>2.00></price>
</muffin>

<cupcakes category="medium">
<name>SweetAndSour</name>
<flavour>orange</flavour>
<filling>chocolates</filling>
<price>2.50></price>
</cupcakes>

<muffin>
<name>Melting Valcano</name>
<flavour>vanilla</flavour>
<filling>chocolates</filling>
<price>1.80></price>
</muffin>

</bakery>



Write the XPATH expression for the following instructions

a) Select all mini cupcakes.
/bakery/cupcakes or //cupcakes

b) Select all flavour for muffin.
/bakery/muffin/flavour or  //muffin/flavour

c) Select the name and price of all muffins.

//muffin/name|//muffin/price

d) Select names of cupcakes where the price is less than RM2.00

//cupcakes[price&lt;2.00]

e) Select all cupcakes and muffin that have chocolates as filling.

/bakery/*[filling='chocolates']


Question 2 :
=========================================

<monitors>
<monitor type="LED" modelNo="m0010">
<size>24</size>
<ratio>16:9</ratio>
<launchDate date="2010-04-03"/>
<feature> High contrast Ratio</feature>
<feature> 100% sRGB color space</feature>
<price>1000</price>
</monitor>
<monitor type="LCD" modelNo="m0101">
<size>20</size>
<ratio>16:10</ratio>
<launchDate date="2008-09-10"/>
<feature>Titl, Swivel, High</feature> 
<price>250</price>
</monitor>
<monitor type="CRT" modelNo="c0120">
<size>15</size>
<ratio>4:3</ratio>
<launchDate date="2002-05-15"/> 
<price>500</price>
</monitor>
</monitors>


nodes:/*/monitor[2]/*[not(@*)]   --  without attribute only
nodes:/*/monitor[2]/*[(@*)]  --- with attribute only


nodes:/monitors/monitor/feature/parent::*     -- with the element 'feature' only


nodes:/*/monitor[contains(feature,'High')]/price
<!--nodes xpath /*/monitor[contains(feature,'High')]/price'-->
<price>1000</price>
<price>250</price>




Tuesday, October 15, 2013

gambar lama


GAMBAR LAMA ARWAH AYAH SAYA. HAJI KAHFI BIN HAJI RASHIDI
Duduk baju oren pakai spek.

Thursday, September 5, 2013

ORA-00600 kcratr_nab_less_than_odr , oracle , shutdown

 ORA-00600 kcratr_nab_less_than_odr


this solution works for me!

Solution


C:\Users>sqlplus "/ as sysdba"



Option a
------------

SQL>Startup mount ;

SQL>Show parameter control_files

Query 1
------------

sql>select a.member,a.group#,b.status from v$logfile a ,v$log b where a.group#=b.group# and b.status='CURRENT'

Note down the name of the redo log

SQL>Shutdown abort ;

Take a OS Level back of the controlfile (This is to ensure we have a backup of current state of controlfile)

SQL>Startup mount ;

SQL>recover database using backup controlfile until cancel ;

Enter location of redo log shown as current in Query 1 when prompted for recovery

Hit Enter

SQL>Alter database open resetlogs ;

Tuesday, September 3, 2013

IBADAH QURBAN

 

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.
“Maka laksanakanlah sholat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).” (Q.S. al-Kautsar: 2)

Kelebihan  Ibadah Qurban dan Aqiqah dengan EQurban.com :
1. Mudah dah cepat. Semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman web equrban.com
2. Sijil pengesahan. Pihak eQurban menyediakan sijil pengesahan untuk setiap tempahan yang dibuat
3. Tuntutan Agama. Pihak eQurban cuba memudahkan urusan tuan/puan dalam melaksanakan urusan ini.

Untuk Pendaftaran Sila Klik disini dan ikut arahan lanjut : http://bit.ly/RICW63 Atau boleh berhubung dengan saya di talian 019.3895882 atau hairekahfi@gmail.com untuk saya menguruskan proses sehingga selesai.

Harga untuk Setiap Urusan :
1. Harga untuk satu bahagian lembu adalah RM 250, anda boleh memilih untuk menempah 1 bahagian atau beberapa bahagian lembu mengikut keperluan anda.  
2. Harga untuk satu ekor lembu pula adalah RM 1750. Seekor lembu mempunyai tujuh bahagian, anda boleh menamakan setiap bahagian untuk individu yang berbeza jika perlu.  
3. Harga untuk satu ekor kambing pula adalah RM 550. Seekor kambing adalah untuk satu nama sahaja. 

Sijil akan diberikan selepas semua pembeli selepas segalanya selesai.

Untuk Pendaftaran Sila Klik disini dan ikut arahan lanjut : http://bit.ly/RICW63 Atau boleh berhubung dengan saya di talian 019.3895882 atau hairekahfi@gmail.com untuk saya menguruskan proses sehingga selesai.


FAQ :

Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan Korban?
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Soalan 2 : Apakah hukum melaksanakan ibadah korban?
Hukum korban ialah Sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan. Namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar.

Soalan 3 : Apakah binatang yang disyariatkan untuk korban?
Binatang yang hendak dikorbankan mestilah mempunyai ciri-ciri tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak kurus. Binatang yang sah untuk dikorbankan adalah seperti berikut :
1. Kambing biri-biri – berusia satu tahun dan ke atas.
2. Kambing biasa -  berusia dua tahun dan ke atas.
3. Unta – berusia lima tahun dan ke atas.
4. Lembu atau kerbau – berusia dua tahun dan ke atas. 

Soalan 4 : Berapakah bilangan minimum haiwan yang digalakkan untuk ibadah korban?
Bagi haiwan seperti lembu, kerbau atau untuk bilangan minimum untuk ibadah korban adalah 1 bahagian. Manakala kambing bilangan minimum adalah satu ekor. 

Soalan 5 :Saya telah melaksanakan ibadah korban sebelum ini, bolehkah saya melaksanakannya lagi?
Boleh, ibadah korban boleh dilaksanakan seberapa banyak sekiranya berkemampuan.

Soalan 6 :Jika saya menyertai program ibadah korban ini dengan pihak eQurban, apakah bukti yang menunjukkan ibadah korban tersebut telah dilaksanakan.
Pihak eQurban akan mengeluarkan sijil aku janji sebagai wakil melaksanakan ibadah korban tersebut kepada semua peserta dan menghantar gambar-gambar berkaitan yang menunjukkan ibadah tersebut telah dilaksanakan.

Soalan 7 :Apakah kelebihan menyertai ibadah korban dengan pihak eQurban?
Kami menternak sendiri lembu-lembu untuk Korban ini di ladang kami di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja. Bekalan lembu ini cukup untuk bekalan Qurban dan Aqiqah sepanjag tahun

Soalan 8 :Bagaimana cara untuk melaksanakan ibadah korban dengan pihak eQurban?

Klik disini dan ikut arahan lanjut : http://bit.ly/RICW63
Atau boleh berhubung dengan saya di talian 019.3895882 atau hairekahfi@gmail.com untuk saya menguruskan proses sehingga selesai.

Sunday, August 11, 2013

check phone quality


To check you phone quality, just key-in this code. 

type *#06#
this will display IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
check your IMEI number at position 7 and 8. Contoh, 666666019999999
7 and 8 is  ******01*******
check the list below to know your phone quality

02 or 20 [from  factory Emirates or India] = LOW QUALITY
08 or 80 [from  factory Germany] = FAIR QUALITY
03 @ 30 or 04 @ 40 [from  factory China] = GOOD
06 or 60 [from  factory Hong Kong, China or Mexico] = GOOD
05 or 50 [from  factory Brazil, USA or Finland] = VERY GOOD
01 or 10 [from  factory Finland] = VERY GOOD
00 [from  factory Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
13 [from  factory Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH ( Dude get a new phone!)

Use original or die charging!

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya 1434 Hijrah





Pantun Raya Banjar untuk Semua....

Memarut ninyor sagan mengga-ngan,
pemarut di-injam dirumah kulaan,
tuhok hudah kita begurauan,
wayahnya kini kita bemaapan




"Selamat Hari Raya untuk semua rakan rakan
dan
semua umat manusia seantero dunia...

Dari Kami Seisi Keluarga....

Tuan/Puan sekeluarga dijemput  Datang Ke Rumah kami sepanjang tahun
atau datang ke rumah terbuka kami pada Ahad, 25 Ogos 2013 bermula jam 12 tghari.

Di Alamat :
No 3, Jalan Meranti 9C/KU 10,
Taman Desa Permai,

Meru Klang
019-3895B82

Wednesday, July 17, 2013

Battle Scars




"Battle Scars"

These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle...



Sunday, July 7, 2013

BELI BAJU







KAKAK NAK BAJU NIE...

Ukuran KANAK2-inci
Saiz Bahu Dada Labuh baju Labuh Tangan
4thn 10 24 23 17
6thn 10.5 24 24 17
8thn 11 26 26 17.5
10thn 11.5 30 28 18
12thn 12 31 30 18.5

NAK BELI 10 OR 12 TAHUN







Saturday, June 22, 2013

Coldfusion read xml from asp webservices

what can you do if you have a webservices from asp that display info in a xlm text? how do you get the data from the file?


<cfset ws = createObject("webservice","http://110.111.11.88/WEBSERVICE/INTERIMWEBSERVICE.ASMX?WSDL") />
<cfset result = ws.view_interim("No","JGT4") />

<cfset dataset = result >
<cfset  result = structNew() /> 
<cfset  aDataset = dataset.get_any() /> 
<cfset  xSchema = xmlParse(aDataset[1]) /> 


<!---please understand what is the reason to do this--->
<cfset  xTables = xSchema["xs:schema"] ["xs:element"]["xs:complexType"]["xs:choice"] /> 

<cfset  xData = xmlParse(aDataset[2]) /> 

<!---please understand what the reason to do this--->
<cfset  xRows = xData["diffgr:diffgram"] ["DocumentElement"]  /> 


<cfset  tableName = "" /> 
<cfset  thisRow = "" /> 
<cfset  i = "" /> 
<cfset  j = "" /> 

<cfset FIELD_NAME = ARRAYNEW(1)> 
<cfset FIELD_VALUE = ARRAYNEW(1)> 

<cfoutput>

<cfset jLoop = 0>

<cfloop from="1" to="#arrayLen(xTables.xmlChildren)#" index="i"> 

<cfset tableName = xTables.xmlChildren[i].xmlAttributes.name /> 
<cfset xColumns = xTables.xmlChildren[i].xmlChildren[1].xmlChildren[1].xmlChildren/> 
  <cfset result[tableName] = queryNew("") /> 
<cfloop from="1" to="#arrayLen(xColumns)#" index="j"> 
<!---<cfset queryAddColumn(result[tableName], xColumns[j].xmlAttributes.name, arrayNew(1)) /> --->
<CFSET FIELD_NAME[j] = TRIM(#xColumns[j].xmlAttributes.name# )>
<cfset jLoop = #jLoop# + 1>
</cfloop>  
</cfloop>  

<!--- Populate Queries ---> 
<cfloop from="1" to="#arrayLen(xRows.xmlChildren)#" index="i"> 
<cfset thisRow = xRows.xmlChildren[i] /> 
<cfset thisRowText = xRows.xmlChildren[i].xmlText /> 
<cfset tableName = thisRow.xmlName /> 
   <!--- <cfset queryAddRow(result[tableName], 1) /> --->
   tableName : #tableName# - thisRowText : #thisRowText# - 
<cfloop from="1" to="#arrayLen(thisRow.xmlChildren)#" index="j"> 
<!---<cfset querySetCell(result[tableName], thisRow.xmlChildren[j].xmlName, thisRow  .xmlChildren[j].xmlText, result[tableName].recordCount) /> --->
<!---j : #j# - #thisRow.xmlChildren[j].xmlText#/ --->
<CFSET FIELD_VALUE[j] = TRIM(#thisRow.xmlChildren[j].xmlText#) >
</cfloop> 
<br />
</cfloop>  
<cfloop from="1" to="#jLoop#" index="i"> 
#i#. #FIELD_NAME[i]# : #FIELD_VALUE[i]# <br /> 
</cfloop> 

</cfoutput>


==============================


COLDFUSION ROCKS!


Wednesday, May 29, 2013

Bayi dibuang dalam lubang tandas selamat

Bayi dibuang dalam lubang tandas selamatAnggota bomba berjaya mengeluarkan bayi yang dibuang ibunya ke dalam lubang tandas di wilayah Zhejiang di timur China semalam. Gambar kecil, anggota bomba cuba memecahkan sebahagian saluran paip untuk mengeluarkan bayi berkenaan.
Bomba China guna gergaji, pelayar keluarkan budak tersekat dalam paip kumbahan

Beijing: Seorang bayi lelaki baru lahir, dipercayai dibuang ibu bapanya ke dalam lubang tandas, ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan anggota bomba di timur China, selepas tersangkut di saluran paip kumbahan semalam. 

Polis menyifatkan kes itu sebagai cubaan membunuh dan sedang memburu ibu bapa bayi malang itu. Penduduk China turut meluahkan kemarahan berikutan kejadian itu di media sosial. Stesen televisyen China CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di saluran paip kumbahan di kawasan perumahan di Jinhua, wilayah pesisir pantai Zhejiang. 


Dengar tangisan 

“Bayi berusia dua hari itu ditemui, selepas penduduk melaporkan mereka mendengar bunyi tangisan,” lapor stesen televisyen itu. 

Selepas mengesan kedudukan bayi anggota bomba memotong saluran paip yang mempunyai ukur lilit 10 sentimeter menggunakan playar dan gergaji dengan berhati-hati. 

Saluran paip yang sudah dipotong dengan bayi di dalamnya itu kemudian dibawa ke hospital selepas cubaan mereka untuk menariknya keluar tidak berjaya. 
Ia kemudian diserahkan kepada doktor yang mengambil masa kira-kira sejam memotong saluran itu sedikit demi sedikit hingga berjaya mengeluarkan bayi seberat 2.3 kilogram dengan uri masih terlekat pada tubuhnya. 

Akhbar milik kerajaan Zhejiang News melaporkan, keadaan bayi itu yang diberi nama Bayi No 59, berdasarkan nombor inkubatornya, kini stabil dan selamat. 
Rakaman video kerja menyelamat itu turut disiarkan di seluruh negara. 

Berita penemuan bayi itu mencetuskan ratusan ribu ulasan di laman web Weibo yang hampir sama dengan Twitter. Sebilangan besar mengucapkan syabas dengan kejayaan menyelamatkan bayi berkenaan dan melahirkan kemarahan dengan kekejaman ibu bapanya. 

“Saya tidak dapat menerima dan memaafkan perbuatan membuang bayi dengan uri masih terlekat di tubuh ke dalam lubang tandas. 

“Bolehkah mereka dipanggil manusia? Mereka lebih kejam daripada haiwan,” kata seorang pengirim yang menamakan dirinya Jiding Jiajia. 

Saksi rakaman menyelamat 

Seorang lagi pelayar internet, If-Free, berkata beliau begitu sebak ketika menyaksikan rakaman usaha menyelamat bayi itu. 

“Melihat bayi itu mengerang dan menangis ketika saluran paip itu dibuka amat menyentuh perasaan saya. Anda terpaksa melalui saat paling getir di dalam hidup dan saya yakin masa depan anda akan cerah,” katanya. 

Laporan mengenai bayi yang dibuang sejurus dilahirkan semakin meningkat di China dan ini sebahagian besarnya berpunca daripada dasar satu keluarga satu anak yang diamalkan dengan ketat di negara itu. 

REUTERS/AGENSI 

Friday, May 24, 2013

lawak air suam @ suami



dalam banyak banyak ayat... ayat ni yang tak boleh tahan...

... amalkan minum air suami untuk kekal sihat....

har har har...  menceriakan hidup ku...

Thursday, May 23, 2013

Monday, May 13, 2013

Bukalah hati dan fikiran - PAS




Ulasan Mufti Perak - Menjadi pengajaran kepada kita semua...

Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.Serentak itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

“Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.

“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . . haram.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

“Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.

“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. “
“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”

“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam
”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.

“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.

Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.
“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt.. Dia (Allah) suruh kita bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah . . .”

“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.

“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.

“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.

“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah ...”

“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.

“Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah.

“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja dan dipimpin sekalipun . . . haram kita memberontak.
“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan . . .”

Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”

“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .

Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.

“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi kerana itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.

“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini Islam dikaitkan dengan semua itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.

Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.

“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .

“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan... saya tak ada musuh dengan sesiapa... selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah ampuni seluruh umat Islam.

Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:
“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Beliau hairan kerana “orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS melantik orang bukan islam . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?
“Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.

Nasihatnya kepada puak-puak ini dan umat
lslam seluruhnya : "Kiita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum Allah.“

Harussani mengakhiri interview itu dengan berkata, “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang... Kita hanya menyampaikan”, katanya.





Sumber YAY.com



Tuesday, May 7, 2013

Friday, April 26, 2013

UMNO tolak islam?


UMNO tolak islam? lihat rukun islam,

1.mengucap 2 kalimah syahadah (kerajaan menyediakan perkim untuk membimbing saudara baru, memberi elaun para pendakwah hingga elaun berdakwah di penempatan org asli, menetapkan enakmen melarang penyebaran agama bukan islam kepada orang islam termasuk di media massa). Program Dakwah di media massa, penubuhan TV Al-Hijrah, Radio IKIM dll. Mewujudkan yayasan pondok untuk memberi bantun berterusan pada institusi pondok agama di negara ini.

2. Solat (kerajaan membina ribuan masjid dan surau, menyediakan silibus solat sejak sekolah rendah, memberi elaun pada imam dan bilal, azan dimedia massa, syarat premis perniagaan menyediakan surau, R&R sepanjang lebuhraya PLUS dilengkapi Surau, menyediakan jawatan guru KAFA di sekolah-sekolah. Jawatan guru J-QaF di sekolah rendah untuk pendidikan agama dan Bahasa Arab. Elaun imam sehingga RM750 dan guru KAFA RM800.

3. Puasa (menyediakan bantuan buka puasa di surau dan masjid, menyediakan silibus puasa dari sekolah rendah, memberi elaun dan bantuan untuk melahirkan ahli falak selain membina balai cerap untuk kemudahan menentukan tarikh puasa)

4. Haji (memberi subsidi hampir RM5000 seorang pada bakal haji pertama, Tabung Haji institusi pengurusan haji terbaik dunia, menyediakan tapak baru dan pembinaan kompleks komprehensif haji di sepang menggantikan kompleks sediada kini di kelana jaya)

5. Zakat (memberi pengecualian cukai bagi pembayar zakat, menubuhkan baitulmal dan pusat zakat untuk melaraskan pengumpulan dan pengagihan zakat, pengumpulan data asnaf2 yang layak untuk menerima bantuan zakat). Utk rekod, pengecualian cukai ini dibantah oleh Ambiga melalui IFCnya.

Selain itu, menginstitusikan mahkamah syariah, membiayai anak Islam melanjut pengajian dlm pelbagai cabang bidang agama Islam, RM3000 untuk pengurusan jenazah kakitangan awam dan pesara awam, perbankan Islam, pengenalan Ar-Rahnu, Sukuk Islam terbesar di dunia, Takaful, Industri Halal dan pelbagai lagi. Hakikatnya, mereka sendiri tahu.....cukup bertanya apa pula sumbangan mereka?






Sumber : Kiub Fakta